;

Khamis, 13 Ogos 2009

PERGINYA TAK KEMBALI

Semalam Pak Long jam 11.30 pagi, Pak Long asyik melayari web site Desa Permai Online. Maklumlah banyak juga perkakas dan perabut di laman ni yang masih tak clear. Entah macam mana pula, tiba-tiba terasa nak layari website akhbar 0nline.

Jadi Pak Lang pun rehat la sat, sambil-sambil tu Pak Long pun buka la laman-laman web berita. Dalam banyak-banyak berita yang dipaparkan tu, Pak Long lebih tertumpu kepada satu berita yang agak mengejutkan Pak Long. Berita yang Pak Long tak duga sama sekali.

Tajuk berita tu "Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia". Lantas kepala Pak Long reverse balik kenangan dulu. Memang antara vokalis nasyid yang terkenal ialah Ustaz Asri Rabbani. Perwatakannya tak seperti penyanyi kebanyakan, tanpa arah tuju dan haluan. Tapi Ustaz Asri ni, bagus orangnya.

Dunia hiburan penuh dengan glamour, peminat macam-macam golongan, tapi Ustaz Asri kekal dengan personalitinya. Payah nak jadi macam tu, tambahan pula di gelanggang seni hiburan ni, soal agama ramai yang tak ambil kisah. Walau pun penyanyi tu sendiri tau agama dan budaya bangsa dia.

Seni kata dan lirik nasyidnya penuh nasihat, panduan, ingatan nasihat dan sindiran tetapi dalam secara tak langsung. Peminat-peminatnya dihiburkan dengan alunan kata-kata yang mendidik jiwa sama ada remaja mahupun dewasa. Itulah medium dakwah yang digunakan oleh Ustaz Asri dan kawan-kawannya dalam pentas hiburan nasyid.

Pak Long tengok, depa bukan saja-saja berhibur kosong. Mereka tau tanggungjawab mereka sebagai penghibur akan ditanya Allah di akhirat nanti. Mereka bukan penyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja, tetapi merekalah yang berjuang melawan seni hiburan yang banyak memesongkan jiwa remaja dan para peminat.

Buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri, Pak Long harap bersabarlah diatas ujian Allah ini. Semoga Allahyarham digolongkan bersama golong pejuang Agama Islam yang mulia...amin. Al Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP