;

Sabtu, 29 Ogos 2009

Isu Arak Lagii..

Pak Long belek-belek lembaran akhbar, nampaknya masih ada yang membicarakan tentang kes adik Kartika, salah seorang model yang redha untuk menerima hukuman sebatan kerana telah melanggar larangan meminum arak. sedangkan Kartika adalah seorang muslimah. Orang Islam dilarang oleh agamanya meminum arak.



Tak kisahlah apa pun laporan yang diberikan oleh kebanyakan akhbar tu. Asalkan laporan itu menepati dengan apa yang berlaku. Sayangnya Pak Long tengok nampaknya kebanyakan manusia lebih kasihan kepada manusia apabila dia nak dijatuhi hukuman. Masa dia dok buat maksiat, tak siapa pun nak pi nasihat dan pimpin dia.



Masa Pak Long menadah kitab dulu, seingat Pak Long, hukuman bagi orang yang meminum arak ialah 40 kali sebatan. Kemudian menjadi 80 kali di zaman saidina Umar kerana tegasnya Saidina Umar terhadap masalah peminum arak ni. Rasanya di Malaysia ni tak boleh lagi nampaknya nak buat setegas Saidina Umar di zaman dahulu. Maklumlah orang akhir zaman ni, bila nak laksana hukuman syariah je...ramai yang melatah...komen sana komen sini...Depa tak tengok ke sapa yang depa komen tu. Siapa yang tetap hukuman tu...apa kesannya bila komen hukuman yang ditetapkan tu.



Kartina baru nak minta di sebat 6 kali rotan sebab kesalahannya tu. Dengan sebab itu...ramai la yang buka mulut..bagi komentar yang banyaknya kepada negatif. Kalau mengikut syariah Islam, Kartina patut minta tambah lagi hukuman sebat tu supaya menepati hukuman Islam dan Insya Allah dia selamat diakhirat nanti...itu yang penting bagi seorang Islam..Selamat di akhirat.



Ni Pak Long nak habagh tentang informasi yang Pak Long terima dari Dr. Marina Chuhrova, dia kata : Dia ada 10 orang yang memerlukan rawatan dengan cara merotan ni. Pada mulanya mereka tak suka pada kaedah rawatan merotan ni. Tapi bila dia bagi tau tentang kesan daripada kaedah merotan tu, mereka pun setuju dengan cara tu. Bak kan sanggup pula bayaq RM 400 untuk sesi rawatan tu.



Renung tengok, Islam kata orang Islam yang didapati bersalah minum arak haris dirotan. Bukan rotang untuk menyiksa tetapi sebagai pengajaran. Doktor bukan Islam tu pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagih arak. Isshh...tak kan la kita nak blajaq dari orang bukan Islam tu kut noo....Sampai kepakaran merotan pun kita tak dak...



Patutlah tak selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ni, terutamanya di kalangan orang melayu. Ada ubat murah iaitu rotan dengan guna methadone. Wallahu a'lam...pikio-pikio la yek...

Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan Dan Belia

Syukur Alhamdulillah, sedar tak sedar dah nak nak masuk 7 hari dah kita di bulan Berkat ni. Pak Long rasa bersyukur sangat kerana dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Macam biasalah bila Ramadhan ni, sembahyang terawih tu berisilah sikit surau dan masjid. Kalau nak harapkan bulan lain...pakat-pakat kita tengok sendiri la. Tu pun nak ramai pun waktu Isyak je la. Habih kuat pun sembahyang subuh. Maklumlah...dah terlanjur bersahur tu, elok terus kan je dengan bersiap solat subuh berjemaah.

Tapi Pak Long perhati tengok, anak muda tak juga ramai-ramai ke surau dan masjid. Datuk Seri Najib pun dah sebut hal ni...Tak kan semua golongan belia ambik kerja shift malam kut. Jadi Pak Long rasa perkara ni patut bebenor le jawatankuasa semejid pikio kan.

Tok Imam dan Tok Bilal pun dah tak larat dah tu. Harapkan golongan deme tu le yang boleh meneruskan mengimarah surau dan semejid. Ape nak jadi akan datang kalau belia pun le ni tak ke semejid...alamat terawih pun tah macam mana nanti.

Pak Long rasa masyarakat setempat pikio-pikiokan le juga, siapa pewaris yang nak jaga surau dan masjid akan datang nanti. Jadi, kurang-kurang hantar la anak-anak ke sekolah agama. Biaq depa belajaq jadi imam, solat dan urus jenazah, baca yasin dan lain-lain lagi. Ye la, pelaburan macam tu pun bukan rugi, untung ke lagi. Dapat anak soleh, ada harapan juga tolong mak bapa di akhirat nanti. Hmm...pikiq-pikiq la na....

Ahad, 16 Ogos 2009

H1N1: Ada Perancangan Tersembunyi..

Pak Long selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Pak Long juga diberitahu oleh kawan baik Pak Long bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung. Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini Pak Long semua tau bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenaqnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika Pak Long kata bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Mungkin akan kata, tak masuk akal? Ni semua cerita Pak Long saja? Nanti sat, Sabar hulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong! Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat. DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. ..Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah. Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam. Apabila Pak Long membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu. Jika kurang yakin tentang apa yang Pak Long seampaikan ni, cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, telah diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan. Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya. Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Pak Long rasa, umat manusia semua eloklah berfikir dan renungkan sendiri.

H1N1: Makin serius..?

Dari kenyataan media Pak Long berasa la Penyakit Selesema Babi atau yang diistilahkan sebagai Influenza A (H1N1) nampaknya tiada tanda akan reda. Semakin hari semakin meningkat jumlah kematian, terbaru khabarnya jumlah kematian dah meningkat lebih 40 orang. Kalau penyakit demam denggi, biasanya akan ada susut dan naik jumlah yang terlibat tetapi dalam kes ni nampaknya makin bertambah.

Pak Long dengar Menteri Kesihatan semalam, Dato' Seri Liow Tiong Lai ada kata; tindakan tutup sekolah dan institusi pendidikan seperti universiti akibat penularan wabak ini hanya akan diambil sebagai langkah terakhir.

Kata dia lagi, "tindakan tutup sekolah atau universiti hanya akan dilakukan oleh pihak pentadbiran sekiranya kehadiran pelajar atau pengajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik.

"Pengetua sekolah bertanggungjawab untuk mencadangkan penutupan sekolah setelah mendapat nasihat daripada Pegawai Kesihatan Daerah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri," .

Ringkasnya, kerajaan ingin menunggu sehingga sekolah kosong baru hendak bertindak? Atau lebih mudah nak kata, kalau ramai tak pergi sekolah (mungkin sebab takut atau lebih buruk lagi ramai yang dah dijangkiti dan mati) baru nak ambil langkah tutup sekolah?

Maknanya rakyat menderita kena berhadapan dulu dengan serangan wabak ini , lepas tu baru la tindakan pencegahan dibuat? Nak ambil tindakan pula, perlu rujuk dahulu Pegawai Kesihatan Daerah dan selepas itu Pengarah Pendidikan Negeri pula perlu setuju barulah sekolah akan ditutup.

Pak Long agak la, berapa ramai jumlah kehadiran yang perlu kita tentukan untuk memastikan pihak sekolah boleh umumkan sekolah tu ditutup. Wallahu a'lam. Tapi nampaknya dengan penularan wabak ni, semua perkara boleh terjadi. Sekolah dan institusi awam pun boleh tutup. Apatah lagi orang ramai, pakat takut saja nak ke mana-mana pun. Hubungan sesama masyarakat jadi tergendala, nak bersembang pun takut-takut.

Demikianlah dahsyatnya bila wabak penyakit tu Allah sebarkan kepada sesuatu tempat. Maka, Pak Long harap sama-samalah kita perbanyakkan doa moga semua rakyat bandar dan desa kembali hidup aman dan bahagia. Amin.


Khamis, 13 Ogos 2009

PERGINYA TAK KEMBALI

Semalam Pak Long jam 11.30 pagi, Pak Long asyik melayari web site Desa Permai Online. Maklumlah banyak juga perkakas dan perabut di laman ni yang masih tak clear. Entah macam mana pula, tiba-tiba terasa nak layari website akhbar 0nline.

Jadi Pak Lang pun rehat la sat, sambil-sambil tu Pak Long pun buka la laman-laman web berita. Dalam banyak-banyak berita yang dipaparkan tu, Pak Long lebih tertumpu kepada satu berita yang agak mengejutkan Pak Long. Berita yang Pak Long tak duga sama sekali.

Tajuk berita tu "Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia". Lantas kepala Pak Long reverse balik kenangan dulu. Memang antara vokalis nasyid yang terkenal ialah Ustaz Asri Rabbani. Perwatakannya tak seperti penyanyi kebanyakan, tanpa arah tuju dan haluan. Tapi Ustaz Asri ni, bagus orangnya.

Dunia hiburan penuh dengan glamour, peminat macam-macam golongan, tapi Ustaz Asri kekal dengan personalitinya. Payah nak jadi macam tu, tambahan pula di gelanggang seni hiburan ni, soal agama ramai yang tak ambil kisah. Walau pun penyanyi tu sendiri tau agama dan budaya bangsa dia.

Seni kata dan lirik nasyidnya penuh nasihat, panduan, ingatan nasihat dan sindiran tetapi dalam secara tak langsung. Peminat-peminatnya dihiburkan dengan alunan kata-kata yang mendidik jiwa sama ada remaja mahupun dewasa. Itulah medium dakwah yang digunakan oleh Ustaz Asri dan kawan-kawannya dalam pentas hiburan nasyid.

Pak Long tengok, depa bukan saja-saja berhibur kosong. Mereka tau tanggungjawab mereka sebagai penghibur akan ditanya Allah di akhirat nanti. Mereka bukan penyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja, tetapi merekalah yang berjuang melawan seni hiburan yang banyak memesongkan jiwa remaja dan para peminat.

Buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri, Pak Long harap bersabarlah diatas ujian Allah ini. Semoga Allahyarham digolongkan bersama golong pejuang Agama Islam yang mulia...amin. Al Fatihah.

Rabu, 12 Ogos 2009

MERIAHKAN DESA MENJELANG RAMADHAN

Tok tet, tok tet..sedaq sedaq dah nak sampai pun hujung bulan Sya'ban 1430h. Maknanya bulan Ramadhan la pula nak mai ni. Harap harap Pak Long dan saudara Muslimn Muslimat semua dapat sama-sama kita menjalani ibadah bulan puasa tu nanti.

Pak Long rasa la kan, bulan Ramadhan kali berbetulan pulan dengan awal cuti persekolahan anak-anak kita. Kalau macam tu, elok bebenor le rakyat yang duduk di bandar tu bawa balik keluarga masing-masing ke kampung.

Sekurang-kurangnya terubat juga kerinduan orang kampung kat saudara yang di bandar nu. Lagi pun saudara mara di bandar sana tak kan tak rindu kat kampung ni. Balik-baliklah sekali sekala..ziarah orang tua yang masih ada.

Cumanya Pak Long pun bimbang juga, tapi mohon dilindungi Tuhan, janganlah hendaknya H1N1 tu dibawa pula ke desa ni. Kacau pula jadinya nanti. Ye laa, Pak Long dan suku sakat kat kampung ni, mana la ada duit nak pi buat rawatan kat hospital tu nanti.

Dah tu pula ayam dan itik Pak Long nanti, sapa nak bagi makan, sapa nak halau masuk reban. Mudah-mudahan la dengan bulan Ramadhan yang hampir tiba ni semuanya dan sihat. Kat desa ni banyak pokok pisang, eloklah kalau nak makan. Banyak vitamin C, boleh jadi penguat pertahanan diri.

Jangan lupa, balik-balik la ye.

Isnin, 10 Ogos 2009

H1N1 : APA DAH JADI...?

Nampaknya sejak virus H1N1 ni menjelajah ke watan kita, Pak Long tengok ramai juga rakyat jelata yang memakai penutup muka. Katanya sebagai langkah berjaga-jaga. Takut-takut tersedut virus H1N1 nanti, boleh maut dibuatnya. Macam mana rupanya virus tu…WalLahu a’lam…Pak Long pun tak arif.

Setakat yang orang habagh kat Pak Long, virus ni diperanakkan di Mexico, Hawaii dan beberapa Negara Eropah sana nu. Macam mana tiba-tiba dia boleh mai serang rakyat tanahair kita. Ramai sangat ka rakyat tanahair kita ni yang pi melancong ke sana?

Malam tadi berita TV9 habagh kat Pak Long, hari ni ja ada 6 orang yang terkorban, semuanya dah 32 orang yang terkorban dek virus ni. Nampaknya bukan setakat komputer je yang boleh lingkup dek serangan virus, tapi manusia pun boleh hilang nyawa dibuatnya. Jadi, memang sahih lah virus H1N1 ni jenis makhluk yang amat merbahaya.

Nak buat macam mana nak lawan virus ni? Pak Long pun bukan ada sijil perubatan. Pak Long ni seorang warga kampung je, lagi pun virus tu tak dak kat Desa Permai Online ni. Pak Long rasa elok kita serah je lah kat orang-orang pakar sains dan perubatan untuk cari jalan dan penawar untuk serang balik virus tu.

Tapi kita semua ni pun tak kan nak peluk tubuh je. Sekurang-kurangnya kena juga pikiaq, renung sikit : pasai Allah Ta’ala bagi virus yang macam ni punya bahaya ni kat rakyat tanahair kita ni? Tanahair kita ni kan banyak masjid, ramai orang Islam, ada tilawah al Qur’an peringkat antarabangsa lagi.

Pak Long rasa la, kita ni patut-patutnya bila kena timpa masalah macam ni punya serius, cepat-cepat la ingat kat Allah. H1N1 ni pun makhluk Allah juga, Dia yang ciptakan, taulah macam mana dia nak musnahkan balik. Macam kita juga la, macam mana Allah ciptakan kita dulu, taulah macam mana pula Allah nak matikan kita. Yang pentingnya, kita ni ada buat permohonan tak, supaya kita dan anak cucu semua diberi perlindungan dan kawalan keselamatan dari wabak penyakit tu?

Pak Long pun bukan pandai sangat nak nasihat-nasihat ni, tapi dah kita ni sesama bangsa Melayu beragama Islam…nak mengadu kat sapa lagi kalau bukan kat Allah Ta’ala. Cuba risik-risik tengok al Qur’an surah Baqarah ayat 156 tu, apa Allah kata:

“Orang-orang yang apabila ditimpa musibah (mala petaka, ujian, bencana), mereka berkata: “Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNya la kami akan kembali”.
Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itu golongan yang mendapat petunjuk”.

Nabi Muhammad masa baginda hidup dulu pun dah peringat kat kita, apa kata Nabi? Mai kita perhati baik-baik:

“Sekiranya berlaku sesuatu perbuatan keji (mungkar, maksiat) di sesuatu tempat atau negeri, yang dilakukan (maksiat itu) secara terang-terangan maka Allah akan mencampakkan penyakit secara meluas (merebak) yang mana generasi-generasi sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu”.

Pak Long rasa la, kalau dah sampai takat macam tu punya jelas Nabi peringatkan kita, masih lagi kita duk tak faham-faham....memang teruk la (loghat) sungguh kita ni. Minta maaf, bukannya Pak Long nak menakutkan apa-sapa…tapi tu lah yang dah Nabi peringat sangat-sangat kat kita semua.

Pak Long rasa takat ni la dulu celoteh dan sekilas pandang yang tak seberapa intelek ni untuk kali ni. Pak Long pun dah tak larat ni, letih sangat kerja kat sawah tadi. Insya Allah ada masanya nanti kita jumpa lagi di Desa Permai Online.

Terima kasih kerana sudi baca celoteh Pak Long kat laman Desa Permai Online ni. Mudah-mudahan Allah memelihara kita semua.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP